Cari Kerja Kosng Terkini:

Tuesday, May 31, 2011

Skim latihan 1Malaysia (SLIM) dilancar esok (1 Jun 2011)


Skim latihan 1Malaysia (SLIM) dilancar esok (1 Jun 2011) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Skim Latihan 1Malaysia (SLIM) yang akan dilancar oleh beliau esok akan membantu mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan siswazah di negara ini.
Perdana Menteri berkata, berdasarkan program itu, siswazah akan diberi latihan dan bimbingan di syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Mereka yang terpilih akan dibimbing selama setahun, dan selepas itu, dibenarkan mencari kerja lain atau diserapkan oleh syarikat berkenaan, katanya pada jamuan tengah hari sempena Forum Tindakan Belia di sini hari ini.

“Kumpulan pertama 3,000 siswazah akan diambil secara beransur-ansur, dan ini bagi menentukan bahawa kita mempunyai bilangan siswazah menganggur yang paling minimum,” kata Najib.

Skim Latihan 1Malaysia dikendalikan oleh Kementerian Sumber Manusia.

Cari Jawatan Kerja Kosong Di MISC Sdn Bhd?

Anda Ingin Memohon / Permohonan Skim Latihan 1Malaysia? Klik Links Dibawah:




No comments:

Post a Comment