Cari Kerja Kosng Terkini:

Tuesday, May 31, 2011

Berhijrah Ke Australia: Cari Peluang Pendidikan & Pekerjaan Kerjaya


Mungkin anda berminat untuk berhijrah ke luar negara? Destinasi yang sesuai untuk mencari peluang pendidikan dan pekerjaan kerjaya. Dengan peluang pendidikan yang lebih baik, peluang kerjaya cerah dan prospek perniagaan luas menjadi antara tarikan orang Melayu berhijrah dan menetap di Australia, kata seorang ahli akademik Malaysia yang berpejabat di sini.
 
Dr. Ahmad Zaharuddin Sani, dari Universiti Malaya, yang kini merupakan Felo Kehormat di Institut Asia, University of Melbourne, memberitahu Bernama bahawa orang Melayu di sini adalah golongan profesional, yang meliputi kumpulan pengamal perubatan dan ramai juga terdiri daripada kerani, jurujual dan pekerja industri perkhidmatan.



Selain pelajar, kata beliau, negeri Victoria sahaja mempunyai kira-kira 5,000 orang Melayu, dengan 75 peratus mereka adalah sama ada penduduk tetap atau warganegara Australia.

"Kumpulan terbesar orang Melayu berhijrah ke Australia adalah selepas 1981, sama ada di bawah program penyatuan semula keluarga atau menjadi penghijrah dalam bidang kemahiran atau perniagaan,” kata Dr. Ahmad.

"Keadaan ini (penghijrahan orang Melayu) ekoran perubahan dasar yang membenarkan pelajar asing dengan sijil kemahiran dan kelayakan Australia memohon untuk lanjutan menetap di Australia.

"Ia mengizinkan lebih ramai orang Melayu mengambil peluang yang diberikan kerajaan Australia untuk melanjutkan masa menetap di sini sebelum memutuskan masa depan mereka. Terdapat juga beberapa orang Melayu yang niat asalnya untuk menyambung pelajaran dan kemahiran akhirnya terus menetap di sini,” katanya. 
 

No comments:

Post a Comment