Cari Kerja Kosng Terkini:

Tuesday, May 24, 2011

Tip Panduan Temuduga DPLI KPLI MEdSI (Interview)


Bentuk persembahan semasa temuduga

Semasa temuduga MEdSI dijalankan,
anda perlu membuat persediaan dengan 3 perkara utama iaitu :

1. Temuduga individu
2. Temuduga berkumpulan
3. Pembelajaran mikro

1. Temuduga individu

Bagi sesi individu, anda hanya akan ditanya mengenai latar belakang pendidikan, keluarga dan juga sebab mengapa anda minat bidang kerjaya keguruan ini.

Penemuduga juga akan bertanya mengenai aktiviti yang anda minat, aktiviti yang telah anda sertai di sekolah dan juga mengenai sijil-sijil yang telah anda perolehi.

Jawablah dengan tenang dan penuh yakin tanpa ragu-ragu.

Mereka yang mengambil pengkhususan Bahasa Inggeris, anda akan turut ditanya dengan soalan dalam Bahasa Inggeris dan perlu dijawab dalam Bahasa Inggeris juga.

2. Temuduga berkumpulan

Seramai 6 orang atau kurang akan turut serta dalam sesi ini. Anda akan diberi satu topik dan diberi masa selama 1 minit untuk membuat persediaan.

Seterusnya anda perlu mengutarakan hujah anda dengan yakin. Anda boleh mengemukakan hujah yang positif atau negatif kerana apa yang penting ialah penemuramah ingin melihat cara anda berkomunikasi dengan baik.

3. Pembelajaran mikro

Pembelajaran mikro (micro teaching) adalah kaedah berkesan untuk menguji tahap pencapaian Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) guru.

Calon yang diuji akan diberi satu subtopik dan satu objektif pengajaran, fokus kepada subtopik dan objektif yang perlu dicapai sahaja.

Calon perlu membahagikannya kepada beberapa bahagian dan memilih salah satu bahagian yang difikirkan sesuai dengan tahap pencapaian pelajar.


Namun berdasarkan pengalaman saya, sesi pembelajaran mikro ini terpulang kepada penemuduga untuk mengadakannya atau tidak.

Nasihat saya, anda perlu bersedia dari sekarang untuk menghadapi apa sahaja soalan yang bakal ditanyakan ketika sesi temuduga nanti.
 
Contoh gambar temuduga individu

Calon mengandung pula bagaimana?

Saya ada banyak menerima pertanyaan yang berkaitan dengan calon guru yang mengandung.

Pihak penemuduga TIDAK MENEMUDUGA calon yang mengandung.

Kenapa?

Perkara yang perlu diambil kira ialah jika calon yang mengandung diterima masuk ke DPLI, mereka akan didedahkan dengan pelbagai aktiviti termasuk bersukan.

Risiko ini akan ditanggung oleh calon dan pihak IPTA. Jadi sebaik-baiknya jika ada calon yang mengandung, calon perlu menunggu waktu yang sesuai untuk memohon DPLI.

Semasa saya ditemuduga, rakan saya telah keluar awal dari bilik temuduga.

Katanya sebab dia mengandung, jadi mereka (penemuduga) tidak teruskan sesi temuduga.

Soalan yang popular semasa temuduga

Mengapa anda mahu menjadi guru? Kenapa kami harus pilih anda untuk menjadi guru?

Soalan ini sangat popular dalam temuduga.
 
Anda perlu fikirkan kredibiliti diri dan pengalaman yang ada untuk digunakan sebaik-baiknya bagi menghasilkan jawapan yang bernas dan efektif.

Jawapan saya :

Selepas tamat pembelajaran dari universiti, saya membuat kajian berkenaan pekerjaan yang bakal saya pohon.

Saya lihat kelulusan dengan yang saya miliki apakah profesion yang sesuai dengan kebolehan dan minat saya.

Saya mendapati bidang pendidikan adalahsatu program terbaik dalam pemilihan kerjaya saya.

Dalam bidang pendidikan sebagai guru, saya dapat membantu rakyat Malaysia menjadi lebih berpendidikan terutamanya yang berkaitan dengan subjek yang bakal saya ajarkan.

Selain dari berbakti kepada agama, bangsa dan negara, bidang perguruan menjanjikan banyak manfaatnya tersendiri yang tidak dapat dicapai dalam bidang kerjaya yang lain.

Isu semasa turut memainkan peranan

Baru-baru ini ada banyak isu semasa yang berlaku di Malaysia.

Salah satunya ialah peristiwa tanah runtuh yang berlaku di sekitar daerah Hulu Langat.

Seramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh tersebut.

Al-fatihah untuk mereka...

Sedikit sebanyak isu pendidikan akan ditanya dalam sesi temuduga untuk menduga sejauh mana kesungguhan anda untuk menjadi guru.

No comments:

Post a Comment